Jumaat, 21 November 2008

Penjelasan Yang Pasti


Krisis keyakinan kepada Allah. Itulah yang diperbincangkan pada malam ini. Perbualan aku dengan Pak Mukhlis (seumur aje dengan aku) membuka pemikiran ku sebagai seorang islam, untuk lebih berkeyakinan kepada ketentuan Allah s.w.t. Manusia dizaman moden ini yang telah terpengaruh pemikirannya kepada sifat kebendaan, perkara yang hanya dinilai melalui zahirnya sahaja akhirnya menuntun akhlak, jiwa dan hubungan kemanusiaannya melalui perkara yang hanya dilihat sahaja. Contohnya ketika ini seluruh dunia cuba memikirkan bagaimana untuk hidup dan meneruskan kehidupan dengan gaya hidup yang tidak berubah dan terus menerus jauh dari mengingati Allah. Sesungguhnya kehidupan, rezeki dan maut itu ditentukan Allah dan segalanya dalam kekuasaannya. Mengapa manusia masih berkata "matilah kita, negara kita semakin susah, mata wang kita semakin jatuh!"sedangkan selama ini walaupun dia dalam kesusahan Allah masih terus menerus memberikan rezeki,dan insan tidak peka kepada apa yang Allah perbuat kepada dirinya, hanyut terus di laluan arus nafsu nya sendiri. Sekiranya kita masih menyatakan rezeki dan kehidupan kita ini bergantung kepada perjalanan matawang dan ekonomi yang mana segalanya Allah jua yg menentukan, maka manusia itu sendiri menghancurkan keimanannya kepada Allah. Fikiran jadi rosak dan terus menerus memikirkan sesuatu yang bukan dalam urusan manusia itu sendiri. Kembalilah menyerahkan diri dan menghambakan diri kepada Allah. bermohon lah kepada yang maha besar dan maha berkuasa iaitu Allah, yang menguruskan urusan makhluknya.

Rabu, 19 November 2008

Susah senang di Doha


Doha, bandaraya untuk negara Qatar. Kalau nak digambarkan dengan perkataan. lebih indahlah negara sendiri. Tapi seperti orang2 lain yang merantau jauh kesini, satu sahaja yang mereka pasti katakan, salary!. Mungkin bagi nationality lain, gandaan wang qatar kpd matawang mereka lebih baik(berganda2 lah katakan) tapi bagi kita, orang malaysia tidaklah sebanyak mana, cuma disini mencari pengalaman. Cari suasana baru, dan mencuba nasib. Seperti aku yang lain2 juga datang kesini, kerana mencari rezeki untuk anak2 dan isteri. Namun dalam ghairah cari duit tu, solat jgnlah ditinggalkan. Kenalah juga jaga itu semua. Kelalaian disini bukan sahaja membawa kesusahan tapi juga boleh membawa kepada kebinasaan. heheh..biasalah. muka dah macam filipino. kalau tak jaga orang pun tak heran dan buat tak tahu je.

Permulaan di Doha


Pada 27hb June,2008. Hari aku diterbangkan ke Doha,Qatar. Isteri, mak sedara adikku yusnira meluangkan masa untuk hantar aku ke airport antarabangsa Kuala lumpur. Berat betul hatiku pada hari itu sebab aku harus meninggalkan isteri ku yg sedang mengandungkan anakku yang ke4, dan anak2 yang ada dirumah Norjihan(sulong), Aiman (Yg kurang Upaya) dan Atiqah(baru berumur 2 tahun). Namun aku tetap gagahkan diri setelah berbincang dengan isteriku, ini semua harus dilakukan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki utk mereka. Itulah takdir yang aku harus lalui dengan sabar. Apa yang bakal aku hadapi hari mendatang masih kurang jelas dan samar.